BANDAR BAHARU – 11 Oktober 2024 – Telah berlangsungnya acara Aerobithon bagi Program Fit Komuniti Siri 11 pada 11 Oktober 2024 (Jumaat) di Serdang Event Hall bermula jam 8.00 malam. Acara yang telah disertai seramai 150 orang itu terdiri daripada warga Daerah Bandar Baharu dari pelbagai peringkat umur.
Acara Aerobithon ini diadakan adalah bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat untuk penduduk sekitar Bandar Baharu yang terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan umur. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara satu sama lain.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 110
