LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Bertempat di Balai Seni Negara, Langkawi bersama Rakan Strategik Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi serta Persatuan Seni Visual (LaVaa) Langkawi telah melaksanakan Program Pembangunan Kemahiran Rakan Muda Skill For Life @ Parlimen yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta.
Program ini merupakan program bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi yang mana telah memilih bidang kemahiran Melukis Tote Bag.Hasil daripada bengkel kemahiran ini para peserta boleh menjadikan ianya sebagai kerjaya dan boleh menambah pendapatan melaluinya.
Encik Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi hadir menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para peserta.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 171
