- JBS Kedah
- Hits: 2
SKM 3- PROFESIONALISME KERJA BELIA : BUKTI KETERAMPILAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
- JBS Kedah
- Hits: 2
* 1 – 3 Ogos 2025
* Pendang Lake Resort, Kedah
Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Perlis 2025 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di Pendang Lake Resort, Kedah. Program ini merupakan inisiatif sulung tahun ini sebelum dilaksanakan di 13 negeri lain.
Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Beliawanis Unggul Arau, program ini menghimpunkan seramai 53 orang peserta daripada kalangan ahli kelab dan persatuan belia seluruh negeri Perlis.
Menariknya, PPO kali ini dibimbing oleh 5 orang fasilitator terdiri daripada Pegawai Belia dan Sukan serata negeri yang berkelayakan dan berpengalaman, diketuai oleh Encik Mohd Hanaffi Bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah selaku Ketua Fasilitator.
Pelaksanaan program ini juga memperlihatkan komitmen Pegawai Belia dan Sukan yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Profesionalisme Kerja Belia Tahap 3 – salah satu syarat penting bagi membolehkan mereka mengendalikan program ini dengan profesional. Turut melengkapkan keperluan ialah penyertaan dalam Kursus Training of Trainer (TOT).
Tahniah diucapkan kepada semua peserta serta fasilitator dan urusetia yang berjaya menjayakan program ini dengan cemerlang. Kejayaan ini membuktikan bahawa Pegawai Belia dan Sukan kekal relevan dan berupaya menyampaikan ilmu kepimpinan serta nilai pembentukan karektor kepada belia secara dinamik dan progresif.