Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Kuala Kedah Siri 1 : Easy Design With Canva AI Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025

KUALA KEDAH, 9 September 2025 – Seramai 20 orang peserta dari kalangan belia telah menyertai Program Rakan Mahir : Skills For Life @ Parlimen Kuala Kedah Siri 1 : Easy Design With Canva AI  Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Kelab Belia Masjid Telok Kandis yang telah diadakan di Makmal Komputer SMK Tengku Laksamana, Kuala Kedah.

 

Program Rakan Mahir ini merupakan salah satu inisiatif di bawah 10 Gaya Hidup Rakan Muda yang memberi fokus kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas mereka bentuk digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan keperluan revolusi industri dan perkembangan teknologi kreatif masa kini. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan teknik penggunaan Canva AI, Magic Design, Magic Write dan AI Photo Editor bagi mencipta poster, infografik, video dan pembentangan kreatif. Pembelajaran ini telah disampaikan oleh Puan Hafizah Binti Abdullah @ Ali, Pensyarah Teknologi Maklumat dari Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra.

 

Turut hadir Puan Aziroh Binti Abdul Aziz, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Cik Nurmaziyah Binti Abdul Majid, Pegawai Unit Belia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar bagi bersama-sama memberi sokongan menjayakan program ini.

 

Reaksi peserta amat positif di mana ramai menyatakan dengan menggunakan aplikasi Canva AI mampu menjadikan proses reka bentuk lebih mudah dan menyeronokkan. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta dan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar, disusuli jamuan ringan dan sesi bergambar kenangan.

 

#rakanmudajbsn

#pbsdkotasetar

 

 

 

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search