- JBS Kedah
- Hits: 2
Kursus Marshall 4x4 Peringkat Negeri Kedah Meriah di AMD Resort & Camp Perik
- JBS Kedah
- Hits: 2
Program Kursus Marshall 4x4 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung pada 29 – 30 Ogos 2025 di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang telah berjalan dengan penuh semangat dan meriah!
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, manakala acara flag-off & pelancaran telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Puan Hjh Sharifah Norulasyikhah binti SyedMohamad. Turut bersama-sama adalah Dato Ahmad bin Mad Daud selaku pemilik resort AMD Resort merangkap penganjur bersama.
Seramai 50 orang peserta dari pelbagai negeri hadir menyertai kursus ini yang bertujuan melahirkan marshal 4x4 bertauliah, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dalam menguruskan pelbagai cabaran sukan lasak.
Antara pengisian modul kursus termasuklah:
Teknik asas marshal 4x4
Pengurusan trek & keselamatan
Kawalan konvoi & komunikasi radio
Teknik recovery kenderaan (winching & towing)
Etika dan tanggungjawab marshal
Program ini bukan sahaja menguji fizikal dan mental, malah mengukuhkan semangat kerjasama serta kepimpinan dalam kalangan peserta.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini!