- JBS Kedah
- Hits: 105
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI SIRI 2 DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2024.
PADANG TERAP KEDAH, 21 OKTOBER 2024 - Program Rakan Muda Rakan Bumi : Plogging Komuniti Siri 2 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 18 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Felcra Bukit Tampoi, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program Plogging Komuniti Siri 2 Peringkat Daerah Padang Terap yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
Pelaksanaan program ini adalah mencuci kawasan masjid dan dataran Felcra Bukit Tampoi dengan mengutip sampah. Penyertaan untuk program ini adalah seramai 40 orang, antaranya adalah peserta daripada Persatuan Belia Felcra Bukit Tampoi dan masyarakat Felcra Bukit Tampoi.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh En Mohamad Ridwan bin Lahmat, Pengurus Kawasan Felcra Berhad Bukit Tampoi. Hadir bersama, En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Turut hadir bersama Pn. Mahani binti Said, Eksekutif Bahagian Peserta Felcra Bukit Tampoi dan En. Amir, Pengerusi Persatuan Belia Felcra Bukit Tampoi.
Turut hadir En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 105
