PADANG TERAP KEDAH, 29 OKTOBER 2024 – Pelaksanaan program Senaman Warga Emas Siri 6 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 29 Oktober 2024 (Selasa) bertempat di AMD Resort, Perik, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri 6 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.
Pelaksanaan program ini meliputi senaman chairrobik beserta dengan senaman ringan. Penyertaan program ini adalah seramai lebih 30 orang yang terdiri daripada warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap.
Instruktur Senamrobik telah diketuai oleh Instruktur Pn. Latipah binti Ahmad. Hadir bersama En. Mohamad bin Hassan, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Padang Terap, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 138
