- JBS Kedah
- Hits: 200
PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SIRI 2 DAERAH LANGKAWI 2024
LANGKAWI, KEDAH – 18 NOVEMBER 2024, Seramai 80 orang sukarelawan yang terlibat dalam Program Mobilisasi Sukarelawan SATRIA Menyantuni Asnaf Siri 2 Peringkat Daerah Langkawi yang dilaksanakan pada 09 November 2024 bertempat di Kampung Atas Pdg Matsirat.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Padang Matsirat ini mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada komuniti dan jawatankuasa penduduk yang berkenaan.
Sukaralewan SATRIA dari Kolej Vokaysional Langkawi serta NGO Belia dan dibantu oleh Majlis Perbandaran Langkawi serta bersama-sama dengan komuniti membersihkan sekitar Masjdi Kg Atas disamping membersihkan beberapa buah rumah asnaf yang terpilih dan turut menyelenggara pandawaian elektrik di salah sebuah rumah terlibat.
Turut diadakan sempena program ini adalah pameran dari agensi yang berkolaberasi bersama turun padang memberikan perkhidmatan kepada rakyat iaitu, JKR Langkawi, JPJ Langkawi, Giat Mara Langkawi dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Langkawsi yang menyediakan perkhidmatan kaunter dan pemeriksaan motosikal. Hampir 120 orang pengunjung telah mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 200
