HARI KEDUA SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF (SKE) 2025

30 Julai 2025,Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang - Hari kedua Seminar KKS 2025 berlangsung penuh bermakna dengan pelbagai slot interaktif dan bermanfaat. Dimulakan dengan Slot 3: Teknik dan Jenis Senaman yang menerangkan berkaitan tentang kebaikan senaman dan teknik yang betul dalam melakukan aktiviti kecergasan. Seterusnya peserta didedahkan dengan Sesi berkaitan Kecederaan Sukan dan Penyakit tidak berjangkit yang disampaikan oleh Pensyarah daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam.
Di sebelah petang perkongsian berkaitan Gadget & Aplikasi Untuk Kecergasan, para peserta didedahkan kepada penggunaan teknologi dalam memantau kecergasan harian. Seterusnya, peserta terlibat dalam sesi Ujian Kecergasan Jasmani, yang memberi gambaran sebenar tahap kecergasan semasa masing-masing.
  Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat luar biasa! Semoga seminar ini menjadi titik tolak ke arah gaya hidup lebih sihat dan aktif.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search