PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA DAERAH SIK BERLANGSUNG MERIAH

SIK, 15 Julai 2025- Sebuah program dinamakan Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Sik telah diadakan pada 10 Julai 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya. Program yang menampilkan Pertandingan Kawad Kaki Remaja, Pertandingan Inovasi Kitar Semula dan Pertandingan Doodle Art telah disertai oleh kira-kira 600 orang peserta dari sekitar daerah Sik. Program ini merupakan program kerjasama pintar antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sik.  Para pemenang akan layak untuk bertanding di peringkat negeri . Majlis penutupan disempurnakan oleh Puan Fairosrida binti Mohammad , Penolong PPD pembangunan Bakat Murid mewakili Pegawai Pendidikan Sik diiringi oleh Encik Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan Guru Besar SK Bandar Baru Beris Jaya. Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga beroleh kejayaan di peringkat negeri kelak. 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 16:22:32

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search