- JBS Kedah
- Hits: 64
MAJLIS PENUTUP SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF (SKE) 2025 PERINGKAT NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 64
31 Julai 2025,Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang - Majlis Penutup Seminar Kecergasan Eksekutif (SKE) 2025 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya hari ini dan disempurnakan oleh Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Seminar selama tiga hari ini menghimpunkan para peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di agensi-agensi kerajaan Negeri Kedah, dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan berkaitan gaya hidup aktif, teknik bersukan yang betul, pemilihan peralatan yang sesuai dan amalan pemakanan sihat dalam kalangan penjawat awam.
Program ini juga menjadi medan perkongsian ilmu berkaitan kepentingan kecergasan fizikal dan mental sebagai asas kepada kecemerlangan prestasi kerja dan pengurusan organisasi.
“Kecergasan bukan hanya untuk tubuh, tetapi untuk memperkukuh daya kepimpinan serta membina organisasi yang lebih sihat dan efisien,” – antara intipati amanat penutup oleh Pengarah JBSN Pulau Pinang.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan aktif sepanjang program ini! Semoga manfaat yang diperoleh diteruskan di peringkat jabatan masing-masing demi kesejahteraan bersama.