- JBS Kedah
- Hits: 187
KLAS RENANG FASA 3 DAERAH KOTA SETAR KEDAH (KATEGORI B40) BAGI TAHUN 2024 TELAH BERAKHIR
ALOR SETAR, 18 Disember 2024 (Rabu) - Telah berakhir Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3 Daerah Kota Setar Kedah (Kategori B40) bagi tahun 2024 di Pusat Aquatik Negeri Kedah
KLAS Renang ini telah dilaksanakan sebanyak enam (6) sesi latihan bermula pada 6 November 2024 yang lalu melibatkan penyertaan seramai 40 orang kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun.
Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi Bin A.Rahman hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan.
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah)
- JBS Kedah
- Hits: 187
