Alor Setar , 14 Jun 2025 - Satu Program”Master Sport Gusti Lengan Warrior Kedah 2025” telah diadakan bertempat di Alor Star Mall, Alor Setar anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Gusti Lengan Negeri Kedah dan Persatuan Senamrobik Daerah Kota Setar (PSKS) serta sokongan dari Alor Star Mall Management.
Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan tersebut tersebut melibatkan pecahan umur 40 h tahun keatas terbuka .Program ini telah disertai oleh penggiat sukan Gusti Lengan di Negeri Kedah dan negeri-negeri berhampiran seramai 38 orang dan apa yang menarik perhatian adalah kehadiran dan penyertaan dari badang-badang gusti lengan hebat yang bakal berentap di Pertandingan Gusti Lengan Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung pada penghujung Jun nanti dan menjadi medan pemanas badan.
Program”Master Sport Gusti Lengan Warrior Kedah 2025” adalah satu program yang memfokuskan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti yang menyeluruh untuk bersukan secara sukarela berumur dari 40 hingga 60 tahun. Program “Master Sport” ini dilaksanakan dengan kerjasama antara KBS, persatuan sukan dan komuniti sukan tempatan untuk membangunkan rangkaian sukan untuk setiap lapisan peminat sukan sama ada di peringkat amatur mahupun profesional.
Turut hadir memberi sokongan, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan Encik Mohammad Ihsan bin Arzimi Pengerusi Persatuan Gusti Lengan Negeri Kedah . Tahniah kepada semua pemenang dan yang terlibat sepanjang acara berlangsung.