Kota Setar, 13 Jun 2025 - Satu program Inspire I-Talent Siri 1 bagi peserta-peserta Orang Kurang Upaya telah bermula pada petang ini yang melibatkan daerah Yan, Baling dan Padang Terap di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah dekat sini.
Hari pertama adalah untuk ujian fizikal bagi peserta yang merangkumi 5 elemen iaitu BMI, Keseimbangan, Lontaran, Lompatan dan Larian bagi menentukan tahap kekuatan fizikal peserta manakala hari kedua esok adalah bagi aktiviti sukan spesifik.
Semoga program ini dapat mencungkil bakat baru pagi persediaan SUKAN PARA pada masa akan datang.