BANDAR BAHARU – 25 November 2024 – Telah berlangsungnya Program Retreat Sukarelawan Belia dan Sukan 2.0 bagi tahun 2024 di Pulau Pinang pada 24 hingga 25 November 2024. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah itu telah disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan Daerah.
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program tersebut adalah Explorace sekitar Padang Kota Lama yang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan serta aktiviti Team Building yang dilaksanakan di Escape,Penang. Seramai 4 orang pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut terlibat dalam program tersebut. Semangat kumpulan yang ditunjukkan telah mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja antara satu sama lain.Tahniah diucapkan diatas kejayaan pelaksanaan program.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 194
