BANDAR BAHARU – 16 November 2024 – Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) telah berjaya mengendalikan Program Wanita Waja Peringkat Negeri Kedah bertempat di Hutan Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang pada 15-16 November 2024.
Program ini diadakan seiring dengan hasrat memperkasakan pembangunan sukan dengan mengangkat Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi dan Rakan Aktif berobjektifkan memupuk semangat waja dan aktif bersukan dalam kalangan wanita, terutamanya dalam aktiviti-aktiviti rekreasi serta mengekalkan gaya hidup cergas dan sihat
Seramai 44 orang peserta berjaya mengharungi cabaran mendaki Bukit Panchor setinggi 416m dan aktiviti penjelajahan menjejaki gua-gua dan alur sungai yang mencabar iaitu Gua Tongkat yang terkenal di sana. Peserta juga diberi peluang mencuba aktiviti Flying Fox yang dikendalikan oleh jurulatih dari KESURA sendiri.
Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir bersama Mohd Shafizan Bakar, Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Amir Syarifuddin Abdul Majid, Pengerusi KESURA.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 205
