- JBS Kedah
- Hits: 11
PROGRAM SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN SIRI 1 DAERAH KULIM – “FLOWER BOUQUET AND GIFT”
- JBS Kedah
- Hits: 11
KULIM, 28 Ogos 2025 – Program Skill For Life @ Parlimen Siri 1 Daerah Kulim – “Flower Bouquet and Gift” bagi Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 09 Ogos 2025 yang lalu bertempat di Tabika KEMAS KEDA Bagan Sena, Kulim.
Program ini bertujuan untuk memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaat dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan peluang pekerjaan mahupun terlibat dalam keusahawanan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kulim ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 20 orang peserta di sekitar Daerah Kulim.