BANDAR BAHARU – 13 Oktober 2024 – Telah berlangsungnya acara Senamrobik bagi Program Fit Komuniti Siri 12 pada 13 Oktober 2024 (Ahad) di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu Serdang bermula jam 8.00 pagi. Acara yang telah disertai seramai 200 orang itu terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang.
Acara Senamrobik ini diadakan adalah bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai agama,bangsa dan umur. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara satu sama lain.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 126
