Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara Encik Abd. Aziz bin Abd Rahman menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan “Aerobic Dance” Peringkat Negeri KedahTahun 2024 .
Berlangsung di Central Square, Sungai Petani, pertandingan ini diadakan dengan mengangkat Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif ?
Tahniah dan syabas kepada pemenang seperti berikut: ?
? Kategori Remaja (17 Tahun dan ke Bawah)
?TRJ CREW
?ROCK FIVE FITNESS
?STARIA
? Kategori Dewasa (18 Tahun dan ke Atas) :
?IPSAH AEROSTAR
?IPSAH AEROWAVE
?GRAVITY GROOVE
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!!
Untuk makluman juga pemenang yang telah memperolehi Johan akan mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan pada November depan.
SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2024: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah melaksanakan Program Senaman Warga Emas bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Petani pada 25 Oktober 2024 bertempat di Taman Jubli Sungai Petani .
Antara aktiviti yang dijalankan adalah berjalan pusing sekitar kawasan dan sedikit senaman, ini merupakan siri ke enam untuk program senaman warga emas. Turut hadir bersama dalam program tersebut Encik Mohd Rusydan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI – 17 OKTOBER 2024 (RABU) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda akan menganjurkan program Rakan Ekspresi : Skrin Besar Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah Bagi Tahun 2024 pada 25 Oktober 2024 bertempat di Riverfront City, Taman Pekan Baru, Sungai Petani , Kedah. Dijangkan kehadiran peserta adalah seramai 300 orang lebih melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan semasa program tersebut berlangsung antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bersama ibu bapa.
Sehubungan itu, telah diadakan satu mesyuarat berkaitan hal tersebut, Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kedah, telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN Bakar Arang, Pekan Baru, Sg Petani, Kedah. Turutsama dalam mesyuarat ini ialah Wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Sg Petani, Wakil YB DUN Bakar Arang, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Kelab Karate Kuala Muda.
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat menonton filem-filem berkonsepkan kesukanan, perpaduan dan kemasyarakatan di skrin besar disediakan bersama komuniti setempat.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali (PBSD Kuala Muda)
SUNGAI PETANI – 20 Oktober 2024 – Program Plogging Komuniti merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging / berjalan / berlari / berbasikal / jungle trekking / mendaki bukit sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat, bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat dan menggalakkan amalan memelihara alam sekitar serta meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
Sehubungan itu, telah diadakan satu Program Plogging Komuniti Peringkat Daerah Kuala Muda Siri 3/2024. Majlis perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh Ybrs Dr Reezlin Bin Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani diiringi oleh en. Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegtawai Belia dan Ukan Daerah Kuala Muda serta En. Mohamad Khairoll Bin Yussof, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda
Program itu telah berlangsung di KKSP bermula jam 8.00 pagi dan melibatkan pelajar dari kolej tersebut seramai 100 orang. Dimulai dengan aktiviti senaman pagi, bergotong royong dan ceramah dari pihak PKD berkaitan pengjagaan kebersihan untuk mengelakkan ancaman demam denggi yang semakin menular sekarang ini.
Adalah diharapkan agar dengan adanya program sebegini akan dapat membudayakan gaya hidup cergas dan prihatin kepada kebersihan alam sekitar.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali(PBSD Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2024: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama ABIM Daerah Kuala Muda dan Pusat Aktiviti Kanak – kanak Paya Nahu telah menganjurkan Program Rakan Muda Skill For Life @ Parlimen Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2024 – Kursus Asas Menggunting Rambut pada 26 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Pusat Aktiviti Kanak – kanak Paya Nahu.
Program tersebut diadakan adalah memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Bau Wong ADUN Sidam yang mewakili Ahli Parlimen Sungai Petani. Turut hadir bersama dalam program tersebut Puan Siti Fairus Binti Md Isa, Pembantu Belia dan Sukan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA(PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI - 3 OKTOBER 2024 (KHAMIS) - Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2024 tempohari. Program bermula diawal pagi pada jam 8.00 pagi. Dilaksanakan di SMK Bukit Selambau,Kedah. Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda PBSD Kuala Muda Dengan Kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok, SMK Bukit Selambau. Majlis Perasmian dan Penutupan Program telah di sempurnakan oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dan diringi oleh Pn. Sharifah Binti Ahmad, Pengetua SMK Bukit Selambau dan En. Mohamad Khairoll Bin Yussof, Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Merbok.
Objektif Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) ini adalah untuk Merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan & melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Pengisian dalam program ini ialah Gotong Royong membersih dan mengecat kawasan sekolah dan sesi taklimat berkaitan program ARPRM. Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Muda ini juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia melaksanakan aktiviti/ program kesukarelawanan/ kemanusiaan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama dalam melaksanakan tugas-tugas kesukarelaan. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on, menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan/ kemanusiaan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali(PBSD Kuala Muda)
14 OKTOBER 2024, SUNGAI PETANI– Sedang berlangsung Mesyuarat Jalan Keluar Masuk Ke Kompleks Sukan Sungai Petani bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kuala Muda.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, Pegawai Daerah Kuala Muda. Encik Mohd Rusydan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan turut hadir bersama mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda serta wakil daripada Bahagian Pembangunan KBS juga turut hadir bersama dalam perbincangan tersebut..
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI 13 OKTOBER 2024 – Telah berlangsungnya Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Muda 2024 yang telah diadakan pada 12 Oktober 2024 bertempat di Taman Jubli Sungai Petani. Pelbagai acara telah diadakan sempena program tersebut seperti Fun Run, Pertandingan Aerobathon, Tarik Tali, Sepak Raga Tuju, Memanah Tradisional, Netball Shoot Out, Sukan Rakyat, Explore race, E-sport, Freestyle Football, Acara kanak – kanak dan Pameran Kesihatan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Bahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, Pegawai Daerah Kuala Muda. Turut sama membantu dalam program tersebut daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda ialah Encik Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan serta dibantu oleh Encik Mohd Rusydan Bin Abdullah, Encik Ridzuan Bin Haji Ali dan Puan Siti Fairus Binti Md Isa.
DISEDIAKANOLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
PADANG TERAP KEDAH, 27 OKTOBER 2024 - Program Rakan Muda Rakan Muzik : Rentak Seni Tarian Menora Siri 2 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 25 Oktober 2024 (Jumaat) yang lalu bertempat di Kampung Padang, Jalan Naka Nami, Kedah Darul Aman.
Program Rakan Muda Rakan Muzik : Rentak Seni Tarian Menora Siri 1 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telah dihadiri seramai 30 orang belia daripada masyarakat siam dan diberikan latihan tarian oleh tenaga pengajar iaitu En. Montri a/l Lee Ah Meng.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Kampung Padang, Jalan Naka Nami.
Hadir bersama En. Muhamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap serta En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)