Alor Setar , 9.4.2025 - Satu mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Le Tour De Langkawi (LTDL) Peringkat Negeri Kedah telah di adakan di Bilik Gerakan SUK Wisma Darul Aman dekat sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YBhg. Dato’Dr Nadzman bin Mustaffa dan diurusetiakan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Zulzuraidy bin Othman.
Antara pengisian dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan taklimat perjalanan dan laluan pertandingan yang melibatkan negeri Kedah yang dimulai di Pulau Lagenda Langkawi pada 28 September 2025 dan akan berakhir pada 5 Oktober 2025 di Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut juga membangkitkan berkaitan hasil dapatan program LTDL yang lepas serta menerangkan berkaitan peranan-peranan Agensi-Agensi yang terlibat.
Keterlibatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan agensi berkaitan adalah membantu MSN dalam penyelarasan di peringkat Negeri, memeriahkan dan menyelaras aktiviti belia dan sukan di lokasi pelepasan dan penamat serta menyelas program penanaman pokok Rakan Bumi : sempena tema “Beat The Heat”.Jabatan Belia dan Sukan diwakili oleh Encik Mohd Hanaffi bin A,Rahman Timbalan Pengarah Sukan.
