Sik, 04 Oktober 2024 - Program Plogging Komuniti Siri 2 Peringkat Daerah Sik Tahun 2024 telah pun diadakan dengan jayanya bertempat di Surau Kampung Kemelung, Sik Kedah. Antara objektif pelaksanaan Plogging Komuniti adalah membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjalan sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat dan program ini dilihat dapat membudayakan gaya hidup sihat dalam diri masyarakat serta dapat menjaga kebersihan alam sekitar komuniti setempat.
Selesai pendaftaran dan taklimat ringkas program, aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan seterusnya aktiviti mengutip sampah di sekitar Kampung Kemelung dan bersih surau.
Turut hadir bersama Cik Noor Adila binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda dan Pn Maziliana binti Mohamad Zahir, Pegawai Unit Pentadbiran.
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
- JBS Kedah
- Hits: 138
