- JBS Kedah
- Hits: 148
TERIMA KASIH KELAB RAKAN MUDA PADANG TERAP DALAM MENJAYAKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2024 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 13 OKTOBER 2024 – Hari Sukan Negara (HSN) 2024 kembali lagi pada tahun ini dengan penganjuran di peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Kedah Darul Aman disini.
Pelbagai pengisian acara telahpun diadakan untuk menarik minat dan penyertaan semua pihak dalam sama-sama menyertai HSN 2024 Peringkat Daerah Padang Terap antaranya Senamcergas, Fun Ride (35km), Fun Walk (2km), Fun Run (5km), Netball Shootout, Pertandingan Bola Sepak Bawah 13 tahun Piala Pegawai Daerah Padang Terap (Masyarakat Siam) Pertandingan Lompat Tali, Pertandingan Tarik Tali, Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Berkain Pelikat, Pameran agensi kerajaan dan swasta dan gerai jualan serta diadakan juga acara cabutan bertuah kepada semua yang terlibat didalam Sambutan HSN 2024 Peringkat Daerah Padang Terap.
Peranan dan sumbangan bakti tugasan sukarelawan Kelab Rakan Muda Padang Terap dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap dihargai dalam kelancaran pelaksanaan program ini.
Hadir bersama En. Muhamad Zaidan Bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 148
