- JBS Kedah
- Hits: 146
SAMBUTAN HARI KEDUA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU 2024
BANDAR BAHARU – 12 Oktober 2024 – Sambutan Hari Kedua Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu telah dilaksanakan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu pada 12 Oktober 2024 (Sabtu). Ini merupakan hari kemuncak kepada Sambutan Hari Sukan Negara di seluruh negara khususnya.
Sebanyak 8 acara yang telah dilaksanakan pada hari kedua program iaitu Senamrobik HSN, Majlis Perasmian, Persembahan Demo Waja Diri (Silat dan Silambam), Larian Untuk Negara (5KM), Sukaneka Kanak-Kanak, Mari Mencuba Menunggang Kuda dan Memanah, Pertandingan Sepak Raga Tuju HSN dan Pertandingan Futsal Terbuka HSN.
Kesemua acara telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Bandar Baharu. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Daerah Bandar Baharu di atas sokongan yang telah diberikan. Beliau turut berterima kasih kepada seluruh jemputan VIP iaitu Penolong Pegawai Daerah, En Zulfadzrin bin Noor Din yang telah mewakili Tuan Pegawai Daerah sebagai perasmi program, Asisten Superintendan Polis, Tuan Sabarudin Salleh, Yang Berhormat Parlimen Kulim Bandar Baharu, Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat ADUN Bandar Baharu, Ts. Dr. Mohd Suffian Bin Yusoff serta ketua-ketua dan wakil jabatan yang telah meluangkan masa pada Majlis Perasmian program.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 146
