- JBS Kedah
- Hits: 142
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI SIRI 3 DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2024.
PADANG TERAP KEDAH, 27 OKTOBER 2024 - Program Rakan Muda Rakan Bumi : Plogging Komuniti Siri 3 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 25 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program Plogging Komuniti Siri 2 Peringkat Daerah Padang Terap yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Program ini membersihkan kawasan padang sekolah tersebut.
Penyertaan untuk program ini adalah seramai 40 orang, antaranya adalah peserta daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.
Hadir bersama Cikgu Saifullah bin Mohd Saad, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad dan En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 142
