KUALA LUMPUR, 16 November 2024- Telah berlangsung Sesi Penyesuaian Gelanggang Pertandingan Aerobic Dance kategori Senior peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Pusat Beli Belah Datum Jelatek .
Kumpulan Aerostar telah mewakili Negeri Kedah bagi Kategori 18 tahun Keatas (Senior)
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
Seremban, 12 November 2024 - Bertempat di Palm Hotel Negeri Sembilan telah selesai Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali- 1 2024 yang melibatkan seramai 89 orang penerima anugerah Tauliah Diploma serta Sijil Kemahiran Kerja Belia yang julung kalinya diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada golongan belia, Aktivis belia serta pekerja belia di seluruh Malaysia.
Penerima anugerah adalah dari kalangan penjawat awam dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, NGo’s serta individu persendirian. Profesion Kerja Belia bakal menjadi kerjaya yang mampu memacu kesejahteraan golongan belia negara.
Majlis ini turut diserikan dengan Simposium Profesionalisme Kerja Belia bersama pegawai-pegawai belia seluruh negara yang bertujuan mendapatkan resolusi dalam forum dan perbincangan meja bulat berkaitan hala tuju pekerja belia ke arah mendapatkan pengiktirafan terhadap kerja-kerja belia dalam membangunkan potensi belia secara berterusan.
Tahniah diucapkan kepada Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan, Encik Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah yang dianugerahkan Pentauliahan Sijil Kemahiran Belia (SKM) Tahap 3. Syabas dan tahniah diucapkan.
Disediakan oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
6 November 2024, Alor Setar - Telah berlangsung hari pertama Fasa 3 program Klas Renang daerah Kota Setar. Program diadakan di Kompleks Aquatik Negeri Kedah.
Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) ?
Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN bersama ??
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
6 November 2024, Anak Bukit - Majlis ini merupakan platform untuk meraikan pencapaian anak muda yang telah Berjaya melalui proses pembentukan karakter dan pembangunan potensi yang positif. Program ARPRM ini telah dilaksanakan lebih 20 tahun yang lalu dan masih kekal releven dan juga selari dengan matlamat Pembangunan Belia dalam Dasar Belia Malaysia. Seramai 479 orang yang layak ditauliahkan dalam majlis kali ini.
Penganjuran Pentas Interpretasi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada peserta bagi mengekspreseikan bakat dalam bidang seni. 9 Daerah telah menghantar untuk tujuan persebahan kali ini.
Majlis turut dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut Hadir YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta dif-dif jemputan.
Disediakan oleh : Dzarif Ikbar Bin Azizan (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
PADANG TERAP KEDAH, 29 OKTOBER 2024 – Pelaksanaan program Senaman Warga Emas Siri 6 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 29 Oktober 2024 (Selasa) bertempat di AMD Resort, Perik, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri 6 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.
Pelaksanaan program ini meliputi senaman chairrobik beserta dengan senaman ringan. Penyertaan program ini adalah seramai lebih 30 orang yang terdiri daripada warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap.
Instruktur Senamrobik telah diketuai oleh Instruktur Pn. Latipah binti Ahmad. Hadir bersama En. Mohamad bin Hassan, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Padang Terap, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 29 OKTOBER 2024 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Tahun 2024 telahpun dilakukan pada 28 Oktober 2024 (Isnin) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Antara dokumen pemeriksaan aset yang diperiksa adalah KEW. PA 3, KEW. PA 4, KEW. PA 5, KEW. PA 6 dan KEW. PA 7. Selain itu, pemeriksaan secara fizikal terhadap unit-unit aset ini juga turut dilakukan bersama.
Pemeriksaan aset ini telah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa Aset JBSN Kedah yang telah dilantik iaitu En. Muhammad bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dan Cik Nik Noorazlihan binti Nik Jamaludin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Pembangunan Ekonomi dan Kemahiran), Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan Pn. Nor Azira binti Md Hanapiah, Pembantu Tadbir (P/O) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 29 OKTOBER 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Padang Terap Kali Ke-10 Tahun 2024 telahpun diadakan pada 28 Oktober 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras tindakan kerja serta pelaporan kemajuan bagi semua agensi berkaitan dengan Sektor Infrastruktur, Sektor Pembangunan Ekonomi dan Sektor Pembangunan Masyarakat dalam Daerah Padang Terap.
Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap adalah dalam Sektor Pembangunan Masyarakat.
En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir ke mesyuarat tersebut membentangkan pelaksanaan program/aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Oktober 2024 dan membentangkan program/aktiviti yang akan dilaksanakan untuk bulan November 2024.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ybhg. Tn. Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PUTRAJAYA – 29 Oktober 2024 – Sesi Taklimat Dan Latihan Sistem Tempahan Fasiliti bagi pembayaran tempahan secara jompay telah diadakan pada 29 Oktober 2024 (Selasa) jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 14, Menara KBS, Putrajaya. Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu telah diwakili oleh Pengurus Kompleks, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin dan Pembantu Belia dan Sukan, Encik Mohamad Hafiz bin Jamaluddin.
Sesi tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 28 Oktober 2024 dengan penglibatan seluruh kompleks sukan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Sesi taklimat dipecahkan kepada 4 kumpulan melalui 4 sesi mengikut negeri.
Taklimat ini bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada pegawai yang dilantik bagi menguruskan system tempahan fasiliti melalui sistem seterusnya melakukan pembayaran secara jompay.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)