KUNJUNG HORMAT JABATAN PERIKANAN NEGERI KEDAH KE JBSNK

Kota Setar, 5 Jun 2025 - Satu lawatan kunjung hormat dari Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Timbalan Pengarah Belia Encik Mohammad Suhaimi bin Md. Saad membentangkan serba sedikit berkaitan pengoperasian Jabatan sebelum Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah Encik Sukri bin Deris memaklumkan hasrat beliau.
Jabatan Perikanan Negeri Kedah memohon kerjasama Strategik dalam menganjurkan acara Larian dan Kayuhan sempena Program Hari Perikanan peringkat Kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada 27 September 2025 di Sungai Petani.
Pelbagai perkara dibincangkan terutama dari segi persediaan Jabatan untuk melaksanakan program berkaitan. Jabatan Belia dan Sukan sangat bebesar hati untuk memberi khidmat nasihat dalam melancarkan perlaksanaan program tersebut demi memantapkan hubungan agensi selain dari merancakkan aktiviti sukan massa dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir dalam perbincangan Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Timbalan Pengarah Sukan bersama Mohd Akmal bin M.Kamel Penolong Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Negeri Kedah.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search