PADANG TERAP KEDAH, 21 OKTOBER 2024 – Pelaksanaan program Senaman Warga Emas Siri 4 Daerah Padang Terap Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 20 Oktober 2024 (Ahad) bertempat di Masjid Padang Nyior, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri 4 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Selain itu juga, penyertaan warga emas khususnya pesara akan mempunyai banyak masa lapang justeru mereka diseru untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan menerusi program berkenaan.
Pelaksanaan program ini meliputi senaman ringan dan seterusnya aktiviti jalan sihat sejauh 2 km di persekitaran Masjid Padang Nyior, Kuala Nerang. Penyertaan program ini adalah seramai lebih 80 orang yang terdiri daripada warga emas kariah Masjid Kampung Padang Nyior.
Pelepasanan aktiviti jalan sihat dan senaman ringan warga emas ini telah disempurnakan oleh disempurnakan oleh En. Mohamad Sallehuddin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Turut hadir En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Sukan) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 179
