KERJASAMA JBS KEDAH PROMOSI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Kubang Pasu, 20 April 2025 - Karnival Pendidikan Pencegahan Dafah (PPDa) Peringkat Negeri Kedah 2025 telah berlangsung dengan jayanya di SK Jitra 3 Kubang Pasu dekat sini.
Pelbagai program disajikan antaranya Fun Walk, Pertandingan Mewarna, Pameran Anti Dadah, Pameran Agensi, Karnival Niaga dan bermacam lagi. Program ini dirasmikan oleh wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman yang turut melepaskan peserta-peserta Fun Walk di sebelah pagi.
Karnival ini disertai oleh 3 buah sekolah dan melibatkan 4 daerah di negeri Kedah dan jumlah keseluruhan peserta dianggarkan seramai 1000 orang. Program ini turut diceriakan oleh Ikon cilik Adik Sumaiyah dan Adik Haziq serta influencer terkenal Cikgu Ameera serta artis tempatan iaitu Fikri Ibrahim.
Semoga kerjasama ini terus utuh dalam membangunkan budaya sukan serta kesedaran pencegahan dadah dalam kalangan anak muda yang bakal menerajui negara satu hari nanti.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search