- JBS Kedah
- Hits: 205
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JBSNKEDAH KE ATAS EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 205
Alor Setar, 18 Februari 2025 - Kunjungan hormat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ke atas Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, menjurus kepada perbincangan mengenai peruntukan menaik taraf kemudahan sukan dan membina kemudahan sukan baharu di bawah Rolling Plan ke Lima (RP-5), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025 khusus untuk negeri Kedah.
Sebanyak 25 permohonan telah diterima dan perbincangan ini adalah bagi memastikan kemudahan yang akan dinaik taraf dan dibina baharu adalah selari dengan aspirasi dan perancangan kerajaan negeri. Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak bersetuju supaya kemudahan yang akan dinaik taraf dan dibina baharu nanti akan ditentukan mengikut keutamaan dan justifikasi yang lengkap.
Sesi ini turut dihadiri oleh YB. Tuan Baddrol bin Bakhtiar, ADUN Gurun, Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Belia), Encik Mohd Redzuan Shafie, Penolong Jurutera, Encik Muhammad Afiq Faiz bin Mohd Ridzam Effendy, Penolong Pengarah, BPEN dan Encik Khairuddin bin Md Isa, Pegawai Khas Exco Belia dan Sukan.