- JBS Kedah
- Hits: 81
MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 81
ALOR SETAR, 15 April 2025 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama SPRM Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Program ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tuan Shahrul Khuzaini bin Amiruddin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Masyarakat, mewakili Tuan pengarah SPRM yang menyampaikan ucapan inspirasi dan mengetuai inisiatif ini.
Bacaan Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Ikrar ini mencerminkan usaha bersama dalam memupuk budaya integriti, ketelusan, dan menolak amalan rasuah di semua peringkat.