PESKOM’25 KEDAH DISAMBUT MERIAH

Kota Setar, 21 Jun 2025 - Perkampungan Sukan Komuniti Madani telah berjaya di adakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah di sini.
Program sehari yang bermula dari pagi telah dimulakan dengan senamrobik diikuti liga sukan yang melibatkan 4 acara iaitu Bola Jaring, Badminton, Futsal dan Petanque. Seramai 350 orang telah hadir mememeriahkan PESKOM25 pada kali ini.
Hadir menyempurnakan Majlis Penutup adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Dr Zainah binti Shariff yang juga menekankan peranan Jabatan Belia dan Sukan Negeri dalam membantu persatuan selain berkongsi maklumat berkaitan kepimpinan dan pembudayaan gaya hidup sihat.
Program ini adalah anjuran ABIM Kedah bersama PKMM UUM dan di sokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
Diharap program sebegini diraikan dengan penuh semangat kesukanan & kekeluargaan dalam suasana komuniti yang penuh ceria dan harmoni.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search