- JBS Kedah
- Hits: 62
MESYUARAT PENYELARASAN MENTERI / EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI BILANGAN 1 TAHUN 2025
- JBS Kedah
- Hits: 62
Selangor, 5 Ogos 2025 - bertempat di Courtyard Setia Alam by Marriott, Selangor telah berlangsung Mesyuarat Penyelaras Menteri / EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bil. 1 Tahun 2025 yang menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi dari seluruh negara yang terdiri daripada EXCO Belia dan Sukan negeri bagi menyelaraskan hala tuju pembangunan belia dan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ini menjadi platform penting bagi perbincangan dasar, perkongsian amalan terbaik serta memperkukuh kolaborasi antara negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam merealisasikan agenda pembangunan belia dan sukan yang inklusif dan progresif.
Hadir mewakili negeri Kedah adalah YB Tuan Haji Muhamad Radhi bin Hj Mat Din Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Mohd Hanaffi bin A. Rahman.