PADANG TERAP KEDAH, 18 OGOS 2025 – Program Gema Merdeka 2025 telahpun diadakan pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Pedu, Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Jawatankuasa Alumni 4B Padang Terap serta Majlis Muafakat NGO Padang Terap telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya pameran agensi, pertandingan bola sepak dan bola jaring serta persembahan silat oleh Persatuan Silat Gayung serta penyampaian cabutan bertuah.
Program Gema Merdeka 2025 dimulai dengan ucapan aluan, Datuk Syed Azmi bin Syed Nazir, Pengerusi Alumni 4B Malaysia dan diikuti ucapan perasmian, Datuk Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Turut hadir bersama di majlis berkenaan, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#teamkbs
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)