PBSD PADANG TERAP HADIR DI MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN DAERAH PADANG TERAP KE TEMASYA SUKAN KEDAH DARUL AMAN (SUKDA) TAHUN 2025

PADANG TERAP KEDAH, 04 SEPTEMBER 2025 - Majlis Pelepasan Kontinjen Daerah Padang Terap ke Temasya Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) Tahun 2025 telahpun diadakan pada 03 September 2025 (Rabu) bertempat di Dataran Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. 

SUKDA 2025 pada tahun ini akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia, Sintok bermula 3 September 2025 sehingga 8 September 2025. 

YBrs. Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap hadir menyempurnakan majlis pelepasan dan turut menyampaikan amanat kepada para atlet yang mewakili Daerah Padang Terap dalam temasya SUKDA 2025. 

Kontinjen Daerah Padang Terap dengan kekuatan seramai 145 orang akan bertanding dalam acara, Bola Jaring, Bola Sepak, Memanah, Olahraga, Pencak Silat dan Sepak Takraw.  

Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah, YB Tuan Nurul Amin bin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap, YB Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Amin, ADUN Pedu, YBhg Dato' Zuraidi bin Rahim, Penaung Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA) Encik Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Para Pengurus Pasukan, Jurulatih serta Atlet SUKDA 2025 Daerah Padang Terap.

 

#teamjbsn 

#TeamKBS 

#jbsnk 

#kbsMalaysia 

 

 

DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search