MAJLIS PERUNDINGAN BELIA PERINGKAT NEGERI KEDAH SIDANG 1, PENGGAL KE-35

ALOR SETAR, 19 Ogos 2025 : Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri Kedah, Sidang 1 Penggal Ke-35 telah berlangsung dengan jayanya dipengerusikan bersama oleh YB Muhammad Radhi Md Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia & Sukan Negeri Kedah serta Dato’ Haji Zepri Saad, Pengarah ICU Negeri Kedah.
Sesi perundingan ini menjadi medan penting bagi membincangkan isu-isu semasa melibatkan belia serta merangka strategi pembangunan belia negeri Kedah. Lima usul utama telah dibentangkan iaitu Keusahawanan & Ekonomi Belia, Sosial & Kesihatan, Pembangunan Belia & Kemudahan, Infrastruktur, Pendidikan & Agama
Turut diadakan pada majlis ini ialah penyampaian watikah kepada Ahli Majlis MBPN Penggal Ke-35 bagi sesi 2025–2026, sebagai pengiktirafan peranan mereka dalam mengangkat suara belia negeri.
Hadir sama, YB Baddrol Bakhtiar, ADUN Gurun; En. Mohammad Suhaimi Md Saad Timbalan Pengarah Belia JBSNK; kepimpinan Majlis Belia Negeri Kedah; serta wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Golongan belia merupakan aset penting negeri & negara. Perbincangan seperti ini menjadi platform utama untuk memastikan suara belia terus didengari dalam merencana hala tuju pembangunan Kedah MADANI.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search