
Jerlun, 26 Ogos 2025 - Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Pesta Sukan Air Sempena Kemerdekaan Daerah Kubang Pasu bagi kali yang kedua bertempat di Pejabat Daerah Kecil Kubang Pasu melibatkan wakil-wakil agensi terlibat serta penghulu-penghulu mukim serta jawatankuasa kerja program tersebut. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan acara sukan air iaitu acara Kayak Berganti ganti serta Tarik Tali Perahu. Kedua-dua acara ini akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Antara Mukim, Antara Agensi serta Institusi Pengajian Tinggi.