Kuala Muda, 12 Sept 2025 - Majlis Penutup Kejohanan Bola sepak Piala Tan Sri Dr. K.R. Somasundram 2025, edisi ke-7, telah berlangsung dengan meriah melibatkan 23 pasukan lelaki dan 14 pasukan perempuan dari sekolah-sekolah Tamil seluruh Kedah.
Acara ini berlangsung di SMK Sungai Layar, Sungai Petani Kedah dan dianjurkan oleh Kelab Bolasepak Kadaram Muda.
Timbalan Pengarah Sukan, En Mohd Hanaffi bin A. Rahman dalam ucapan beliau merakamkan tahniah kepada pihak penganjur, jurulatih, guru, pengadil dan semua yang terlibat atas kejayaan menjayakan kejohanan ini.
Beliau menegaskan bahawa bola sepak bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga membentuk disiplin, kerjasama dan semangat juang yang tinggi — nilai penting dalam kehidupan seharian.
Tahniah kepada pasukan juara atas kejayaan cemerlang, dan kepada pasukan lain, jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk kembali lebih kuat.
JBS Negeri Kedah sentiasa menyokong usaha pembangunan bakat baharu khususnya dalam kalangan pelajar sekolah Tamil demi memperkasa arena bola sepak negeri.