MADANI FUN RUN BALING 2025

BALING,  6 September 2025 : Madani Fun Run Baling 2025 telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 300 peserta dari pelbagai lapisan umur yang menyempurnakan larian sejauh 5 kilometer.
Acara perlepasan disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ainah Binti Mohd Soon, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Dalam Negeri serta En. Richard Barahim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Kehadiran mereka telah menyemarakkan lagi semangat peserta yang terlibat.
Lebih menarik, sepanjang 5 hingga 7 September 2025, Kementerian Belia dan Sukan turut mengadakan Pameran Agensi KBS yang mengetengahkan pelbagai inisiatif, perkhidmatan dan peluang dalam bidang belia, sukan dan pembangunan masyarakat. Pameran ini memberi ruang kepada orang ramai untuk mengenali lebih dekat program serta peranan KBS dalam memperkasa belia dan komuniti setempat.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian. Kekal sihat, cergas dan terus bersama menjayakan agenda MADANI Rakyat!

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search