- JBS Kedah
- Hits: 2
MESYUARAT PENYELARASAN BIL 2 TAHUN 2025 @ SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 2
PADANG TERAP KEDAH, 02 OKTOBER 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara Bilangan 02 Tahun 2025 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 01 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara 2025 yang diadakan ini bertujuan untuk menyelaras kerja-kerja persiapan tempat, teknikal dan pengisian aktiviti/acara Hari Sukan Negara yang akan diadakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) nanti bertempat di Dewan Komuniti Felda Lubuk Merbau, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Muhammad Naím bin Zainol, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) Padang Terap.
Taklimat berkenaan Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Padang Terap telah disampaikan oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.