- JBS Kedah
- Hits: 119
PESERTA SMK DATUK SYED AHMAD DITAULIAHKAN TAHAP GANGSA DI MAJLIS PENTAULIAHAN TAHAP PERAK DAN GANGSA DAN PROGRAM RAKAN EKSPRESI : PENTAS INTERPRETASI PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2024.
ALOR SETAR KEDAH, 07 NOVEMBER 2024 - Majlis Pentauliahan Tahap Perak dan Gangsa dan Program Rakan Ekspresi : Pentas Interpretasi Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 06 November 2024 (Rabu) bertempat di Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Majlis ini diadakan adalah untuk mengiktirafkan pencapaian pelajar yang terlibat dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sama ada untuk Tahap Perak dan juga Tahap Gangsa di peringkat daerah masing-masing.
Di Peringkat Daerah Padang Terap, penglibatan seramai 25 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad telah ditauliahkan pencapaian Tahap Gangsa atas penglibatan di dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dengan bimbingan Cikgu Siti Salwa binti Ahmad.
Penyampaian Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa disempurnakan oleh Yg. Berusaha, Tn. Hj. Mahadhir bin Ismail, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Hadir bersama Yg. Berusaha, Pn. Noor Azma binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Turut hadir bersama, En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 119
