LANGKAWI, KEDAH – NOVEMBER 2024, Bertempat di Bilik Perbincangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Kelab Rakan Muda Bandar Langkawi yang baru mendapat kelulusan pendaftaran pada 11 September 2024, telah mengadakan satu Mesyuarat Agong Kali Pertama (1), pada 19 Oktober 2024 (Sabtu).
Turut hadir merasmikan mesyuarat ini, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 14 NOVEMBER 2024, Bertempat di Dataran Pantai Chenang, sempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menyertai program Senam Tari Tradisional anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah yang telah diadakan pada 20 Oktober 2024 (Ahad).
Selain itu, turut diadakan pelbagai pameran dari pelbagai agensi seperti Jabatan Minirel dan Geosains, pemeriksaan Kesihatan serta Jabatan Perhutanan.
Turut terlibat Puan Nurul Fitriah Bt Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan , Unit Rakan Muda , selaku AJK Biro Sukan & Rekreasi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 14 NOVEMBER 2024, Bertempat di Dataran Pantai Chenang, sempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024, satu pertandingan Beach Volley Ball telah dianjurkan pada 19 Oktober 2024 (Sabtu).
Melalui Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Puspanita telah menghantar 4 pasukan bertanding. Pasukan eagle @ Puspanita mendapat tempat ke 4.
Turut terlibat sebagai pemain Puan Nurul Fitriah Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan selaku, AJK Biro Sukan & Rekreasi
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 14 NOVEMBER 2024, Bertempat di Pentas Bestari, SMK Kedawang, Program Rakan Muzik: Rentak Seni (Tarian Inang) telah berlangsung selama 3 Siri iaitu pada 05, 12 dan 18 Oktober 2024.
Tanggal 18 Oktober 2024 (Jumaat), satu Majlis penutup bagi Progam Rakan Muzik: Rentak Seni telah diadakan pada jam 5.00 Petang. Seramai 27 orang peserta yang terlibat menerima sijil penyertaan yang telah di sempurnakan oleh Encik Mohd Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia & Sukan Daerah Langkawi. Turut menerima sijil penghargaan Swanada Event Managemant selaku tenaga pengajar.
Turut hadir bersama Puan Nurul Fitriah Hj Drani, Pembantu Belia dan Sukan, Unit Rakan Muda , penyelaras program ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 14 NOVEMBER 2024, Bertempat Di MAHA Tower, Kuah Langkawi, sempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024, telah di jalankan Segmen Cergas @ Zumba dan Briswalk 1.5 Km, bersama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan Ngo Badan Bukan Kerajaan terlibat dalam menjayakan Langkawi Fitness Day (LFD) 2024 pada 13 Oktober 2024 yang lalu.
PBSD mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta yang terlibat serta ucapan penghargaan kepada Rakan Strategik penganjuran MAHA Tower.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
BANDAR BAHARU – 06 November 2024 – Satu lawatan bagi pemantauan proses penyelenggaraan Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu oleh Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Puan Wan Salmi Roziana binti Dato' Wan Salleh, Encik Mohd Redzuan bin Shafie dan Encik Mohd Hisyam bin Abu Yazid telah diadakan pada 06 November 2024 (Rabu) pada jam 3.00 petang.
Lawatan ini diadakan bagi memantau perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu. Penolong Pengurus Kompleks, Puan Nur Adila bt Mohamad telah memberi penerangan berkenaan perjalanan kerja-kerja yang sedang dilakukan dimana telah siap melebihi 90 peratus.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 10 November 2024 – Perjumpaan bersama ahli Kelab Belia Anak Muda Kampung Permatang Pasir telah diadakan pada 10 November 2024 (Ahad) jam 03.30 petang di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Perjumpaan ini diadakan bagi mengemaskini dokumen berkaitan pendaftaran untuk penubuhan persatuan belia baru. Seramai 4 orang ahli telah hadir memberikan kerjasama kepada Pegawai Unit Belia, Puan Nur Adila bt Mohamad dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
ALOR SETAR KEDAH, 07 NOVEMBER 2024 - Kelab Belia Felcra Bukit Tampoi, Padang Terap telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Utara untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Bagi Tahun 2023 pada 07 November 2024 (Khamis) bertempat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Maklumat MYKD Tahun 2023 Kelab Belia Felcra Bukit Tampoi, Padang Terap ini telah diserahkan oleh En. Mohd Amir Ikmal bin Zainon, Pengerusi Kelab Belia Felcra Bukit Tampoi. Hadir bersama, En. Mohamad Nurasraf bin Yaccob, Timbalan Pengerusi Kelab Belia Felcra Bukit Tampoi.
Maklumat MYKD Tahun 2023 Kelab Belia Felcra Bukit Tampoi, Padang Terap ini telah diterima oleh En. Muhammad Khidhir Bin Mohd Fauzi, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Utara.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
ALOR SETAR KEDAH, 07 NOVEMBER 2024 - Majlis Pentauliahan Tahap Perak dan Gangsa dan Program Rakan Ekspresi : Pentas Interpretasi Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 06 November 2024 (Rabu) bertempat di Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Majlis ini diadakan adalah untuk mengiktirafkan pencapaian pelajar yang terlibat dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sama ada untuk Tahap Perak dan juga Tahap Gangsa di peringkat daerah masing-masing.
Daerah Padang Terap telah diberi kepercayaan untuk membawa persembahan Tarian Menora di majlis tersebut. Persembahan Tarian Menora telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Naka dengan bimbingan tenaga pengajar En. Montri a/l Lee Ah Meng.
Hadir bersama Yg. Berusaha, Pn. Faridah binti Derani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.
Turut hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)