PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!! LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LISOKU) NEGERI KEDAH 2025
Tiga acara dipertandingkan iaitu : Bola Tampar Duduk Futsal Tenpin Boling Hadiah menarik menanti. Scan QR Code untuk dapatkan borang penyertaan dan syarat pertandingan. Jom ramai - ramai sertai.
Alor Setar, 12 Jun 2025 - Satu Mesyuarat Penyelarasan SUKDA 2025 telah diadakan pagi tadi yang dipengerusikan oleh EXCO Belia dan Sukan Muhamad Radhi bin Mat Din bagi mempersiapkan penganjuran Sukan Kedah Darul Aman Edisi ke‑7 (SUKDA 2025) yang skan berlangsung pada September ini. Sebanyak 12 kontinjen dari setiap daerah telah disahkan akan mengambil bahagian dan sebanyak 6 sukan yang akan dipertandingkan. Turut hadir, YB Baddrol Bakhtiar, ADUN Gurun & Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah, Pegawai‑pegawai Daerah (Pengerusi Majlis Sukan Daerah) dan Wakil jabatan kerajaan & persatuan sukan yang terlibat. Wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri diwakili oleh Mohd Hanaffi bin A.Rahman Timbalan Pengarah Sukan. Perkembangan pembangunan sukan kini dilihat sangat signifikan dalam membangunkan atlet sehingga mendapat tempat dalam skuad Negeri menjelang SUKMA 2026. Semoga SUKDA 2025 menjadi platform yang dapat membantu MSNK dalam pencarian atlet berbakat seterusnya menjadi program tahunan pada masa akan datang.
Sedang berlangsung Slot Pemakanan Sesi 2 Program Biggest Loser KBS 2025 peringkat Negeri Kedah. Taklimat disampaikan oleh Puan Noor Hasnani Binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan Pemakanan, Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
Nantikan pentas LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) Peringkat Negeri Kedah yang akan membuka tirainya pada 28 Jun 2025. 12 Daerah berentap demi merebut gelaran juara bagi Pertandingan Bola Jaring, Sepak Raga (Regu) dan Ping Pong (berpasukan). Program ini akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (Ping pong & Bola Jaring ) dan Dewan Centennial, Kolej Sultan Abdul Hamid (Sepak Takraw).
5 Jun 2025, Alor Setar - Satu perjumpaan di antara JBSNKedah dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah diadakan di Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar,Alor Setar bagi membincangkan kolaborasi program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 dan Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia peringkat Negeri Kedah. Perjumpaan dihadiri oleh En Mohamad Suhaimi bin Md. Saad, Timbalan Pengarah Belia, En Muhammad Izzat bin Abd. Rani, Pegawai Unit Kepimpinan JBSNK dan En. Mohd Syafiq bin Abdulah, Pemb. Peg. Unit Ekonomi JBSNK manakala bagi pihak KEDA dihadiri oleh En. Azam Bin Omar, Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti, Pn. Yusnida Binti Yusoff, Pen. Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti, En. Mohd Hafiz bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Zon 3, Pn. Aida Suzani Binti Ishak, Pemb. Hal Ekonomi KEDA. Perjumpaan ini juga usaha memperkukuhkan jaringan antara JBSNKedah dengan agensi-agensi di dalam negei dalam usaha memartabatkan belia di negeri Kedah khususnya.
Kota Setar, 11 Jun 2025 - Satu kunjung hormat Persatuan SOKA GAKKAI MALAYSIA Cawangan Kedah telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Perjumpaan adalah berkaitan penyelarasan awal berkaitan program Run for Peace 2025 yang bakal diadakan pada 5 dan 6 September 2025 di Alor Setar dan Sungai Petani. Program dwi tahunan ini sentiasa mendapat sokongan Jabatan yang menjadi rakan strategik penganjuran. Sokongan ini demi memastikan rakyat dan komunuti kedah sentiasa bergerak aktif dan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Persatuan Soka Gakkai Malaysia diwakili oleh Encik Teh Chun Aun, Setiausaha SGM Cawangan Kedah dan Encik Yap Yew Meng AJK SGM Cawangan Kedah.
*LAPORAN RINGKAS SKRIN BESAR Kelayakan Piala Asia 2027* Malaysia vs Vietnam *NEGERI KEDAH* 10 Jun 2025 ( Selasa ) 9.00 Malam Cuaca : Mendung Pengunjung seramai : 535 org
*VIP 1. En. Amir Murshidi bin Dato’ Shamsudin ( Presiden MBN Kedah) 2. En. Shahardi ( Naib Presiden 2 Persatuan Tenpin Boling Negeri Kedah ) 3. En Azri Syafiq ( SU MBN Negeri Kedah )
Wakil KBS/JBS : 1. En Muhamad Suhaimi bin Md Saad ( Timbalan Pengarah Belia JBSNKedah) 2. En. Mohd Hanaffi bin A Rahman ( Timbalan Pengarah Sukan JBSNKedah) 3. En Mohd Sallehudin ( PBSD Padang Terap )
*Aktiviti Sampingan:* 1. Football Freestyle 2. Cabutan Bertuah 3. Kuiz Bola Sepak
Tiga acara dipertandingkan iaitu Bola Tampar Duduk, Futsal dan Tenpin Boling dengan hadiah yang lumayan. Scan QR Code untuk dapatkan borang penyertaan dan syarat pertandingan. Jom ramai - ramai sertai.
PUTERI SERI MAWAR PERMATA KELAHIRAN KEDAH MEMBUKA MATA DI PERSADA ANTARABANGSA Anak Jati Kampung Ketul, Kedah Darul Aman Sekolah Rendah hingga Menegah di Pusat Pendidik Al-Azhar Telah menghabiskan hafazan Al-Quran pada usia 17 tahun di Pusat Pendidikan Al-Azhar Melanjutkan Pelajaran di Kolej Islam Darul Ulum (pengajian Islam Syariah Jurusasn Bahasa Arab di Oxford Center Irbid Jordan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Bisnes Open Universiti Malaysia Berkecimpung bersama dunia kemanusiaan sejak berumur 18 tahun seterusnya aktif secara professional ketika berumur 22 tahun “Muda Adalah Sejarah, Melakar Nama Setinggi Awan Bukan Bermegah Tetapi Agar Kelak Dikenang Sebagai Seorang Pahlawan”