- JBS Kedah
- Hits: 44
TEAM MARSHALL GMW BERTUGAS SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2025
- JBS Kedah
- Hits: 44
KOTA SETAR, 10 -11 Oktober 2025 : Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar telah berkolaborasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Team Marshall GMW dan Aw Resources Dan LM Bikers bagi menguruskan keselamatan lalulintas / marshall laluan Larian Madani, Kayuhan Madani dan Berjalan Ria Madani.
Team Marshall GMW telah membantu Pejabat Belia Dan Sukan Daerah kota Setar dalam penugasan keselamatan lalulintas dan kelancaran laluan untuk ketiga acara tersebut sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2025
Pihak PBSD Kota Setar merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan diatas kejayaan dan kerjasama yang telah diberikan.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
