ALOR SETAR - 05 November 2024 - Program Pembangunan Sukan Baharu Walking Football Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 5 November 2024 (Selasa) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Program pembangunan sukan baharu walking football ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Peserta diberi penerangan oleh tenaga pengajar berkenaan sukan walking football. Daerah Bandar Baharu telah menghantar 3 orang peserta untuk menyertai program tersebut.
Objektif pelaksanaan Klinik ini adalah untuk memperkasakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan vetran dan memperkenalkan walking football kepada masyarakat Malaysia, serta memberikan pendedahan dan teknik kemahiran asas sukan walking football yang betul kepada peserta.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 20 November 2024 – Majlis Peluncuran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah telah dirasmikan secara bersama oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia pada Ahad.
Program ini adalah anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu pendidikan pencegahan dadah serta kempen kesedaran berterusan terhadap bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan bagi meningkatkan daya tahan diri (resilien) agar dapat mencegah daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan.
Program itu adalah untuk menyemarak dan memobilisasi semua warga sekolah sama ada pendidik, pekerja dan murid agar lebih cakna terhadap masalah penyalahgunaan dadah dan bahan serta menyegarkan kembali program dan aktiviti antidadah yang sedia ada di peringkat sekolah dan institusi pendidikan.
Antara acara yang dilaksanakan ialah pertandingan mewarna, pidato, kuiz AADK dan Pocket Talk AADK. KDN dan KPM komited untuk memperkasa pendidikan pencegahan dadah di institusi pendidikan khususnya di sekolah dengan mewujudkan Kelab Antidadah di sekolah. Pada masa sama, AADK turut perkenal SKUAD Junior yang berperanan membentuk satu pasukan sukarelawan dalamkalangan murid yang berfungsi menyebarkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan kepada warga sekolah khususnya dalam kalangan murid sekolah.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin bagi mewakili Puan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Noor Azma binti Deris.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU - 24 November 2024 – Telah diadakan Majlis Perhimpunan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi meraikan bulan kelahiran pegawai dari bulan April sehingga Disember 2024 serta anugerah pekerja terbaik bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu adalah yang turut diraikan ulang tahun iaitu Puan Nur Adila binti Mohamad dan Puan Fariza binti Ghazalli. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu turut dianugerahkan sebagai Pekerja Terbaik Bulanan bagi Bulan Julai 2024. Tahniah diucapkan.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
Bandar Baharu, 20 November 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Bandar Baharu, Bil 5/2024 dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.Pegawai Daerah Bandar Baharu, turut menyertai mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar dan Puan Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) , Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu bermula pada jam 10.30 pagi.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, maklum balas perkara- perkara berbangkit mesyuarat yang lalu.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan Laporan Pembangunan oleh Jabatan dan Agensi serta seterusnya disusuli dengan perbincangan hal-hal lain.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, En Shamsul Qamar bin Shamsuddin.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU - 20 November 2024 – Sempena Bulan Integriti KBS, kuiz Mencari 16 Perkataan Tersembunyi berdasarkan Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam telah diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pegawai Unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Fariza binti Ghazalli telah berjaya menyelesaikan kuiz tersebut dalam masa yang ditetapkan. Tahniah diucapkan.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 28 November 2024 – Telah diadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Nur Adila binti Mohamad. Beliau telah berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu bermula 22 Ogos 2022.
Sambutan diadakan bagi meraikan pegawai diatas hari kelahiran pada tahun 2024. Majlis turut dirai oleh bahagian kebersihan, keselamatan, dan dari Kelab Senamrobik Serdang yang merupakan Kelab dibawah bimbingan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 16 November 2024 - Program Rakan Mahir : Skill For Life @ Parlimen Peringkat Daerah Bandar Baharu telahpun diadakan dengan jayanya hari ini bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu.
Memilih kursus sulaman manik dan labuci, program ini bertujuan memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaat dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan peluang pekerjaan mahupun terlibat dalam keusahawanan.
Seramai 20 orang peserta terlibat di dalam program ini yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Serdang dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Majlis Penutup Program ini telah disempurnakan oleh Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Fariza Ghazalli, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU - 05 November 2024 – Satu sesi perjumpaan Pegawai Rakan Muda PBSD Bandar Baharu, Puan Fariza Ghazalli bersama Pengetua SMK Selama, Tuan Nagaratnam Kuttayan telah diadakan bagi membincangkan Program Rakan Mural @ Sekolah Peringkat Daerah Bandar Baharu 2024 yang dijangka akan dilaksanakan pada 13 November 2024 serentak seluruh Malaysia.
Program Rakan Mural @ Sekolah merupakan program kolaborasi di antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan yang bertujuan memberikan ruang kepada pelajar untuk mengekspresikan kreativiti dan meningkatkan kreativiti mereka melalui seni visual.
Sebanyak 2 sekolah di Daerah Bandar Baharu telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu SMK Selama dan SMK Serdang.
Perjumpaan juga turut menyentuh mengenai persiapan dan persediaan Pasukan Tarian Canggung Program Rakan Muzik : Rentak Seni yang akan melakukan persembahan di Pentas Interpretasi Peringkat Negeri Kedah 2024 pada 6 November nanti yang turut disertai oleh pelajar sekolah ini.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 06 NOVEMBER 2024 – Seramai 12 orang peserta Program Rakan Muzik : Rentak Seni telah mewakili daerah ini mempersembahkan Tarian Canggung di Program Rakan Ekspresi : Pentas Interpretasi Peringkat Negeri Kedah di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah.
12 orang peserta ini merupakan sebahagian daripada 37 orang peserta yang mengikuti Program Rakan Muzik : Rentak Seni Peringkat Daerah Bandar Baharu yang telah dilaksanakan bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu bermula pada 4 Oktober 2024 bagi siri 1, 11 Oktober 2024 bagi siri 2 dan berakhir pada 18 Oktober 2024 bagi siri 3.
Kelas latihan ini dibimbing oleh Puan Robiah Romli dan Puan Normah Mat Nadi.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)