PROGRAM YOUTH UPSKILL@YHUB

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Sabtu, 08 November 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Malaysian Association of Youth Club (M.A.Y.C) telah menganjurkan Program Youth Upskill - E-Sukan Negeri Kedah 2025. Program ni dilaksanakan bertujuan bagi menarik minat belia menyertai program-program di bawah Jabatan Belia dan Sukan di samping mengasah serta mencari bakat baru dalam bidang e-sukan (efootball).

Seramai 30 orang peserta  belia yang berumur 17 hingga 25 tahun daripada pelbagai daerah telah menyertai program kali ini. Program kali ini juga dibimbing oleh tiga (3) orang jurulatih yang berjaya dan berpengalaman bagi mengajar teknik-teknik yang betul dan berkesan untuk berjaya dalam bidang ini.

Program kali ini juga turut di kunjungi oleh YB. Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan. Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

#jbsnk #TeamKBS #teamjbsn #youthupskill

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search