📍Klang, 1 November 2025 | Kelab Golf Pulau Carey, Selangor
Tahniah diucapkan kepada pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) yang telah berjaya muncul Juara Footgolf dalam Liga Sukan Komuniti Belia dan Sukan (LSKBS)! 🎉🔥
Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada kalangan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mewakili lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kedah dan Putrajaya.
Pasukan Kedah menampilkan prestasi cemerlang dengan semangat kesukanan tinggi, sekali gus menobatkan mereka sebagai juara keseluruhan acara Footgolf 2025. 🌟
Barisan pemain yang mewakili pasukan juara Kedah ialah:
⚽ Mohd Hanaffi A. Rahman (Jabatan)
⚽ Muhamad Azrai bin Noor Azhar (PBSD Pendang)
⚽ Muhammad Alia Hanis bin Rosmadi (PBSD Sik)
⚽ Mohd Birry bin Ali (KOMBES)
⚽ Mohd Kamaruzaman bin Khalidin (Jabatan)
Selain itu, satu lagi pasukan dari Kedah iaitu JBSN Kedah All Star turut menunjukkan aksi membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ke-6 daripada 11 pasukan yang bertanding. 👏
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain, penganjur serta para pemenang atas kejayaan dan semangat kesukanan yang dipamerkan. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan warga KBS! 💪🇲🇾
#JBSNK #KBSMalaysia #teamjbsn #TeamKBS #LigaSukanKomuniti #Footgolf #TeamKedah #BeliaDanSukan #MalaysiaAktif
