4 November 2025, Alor Setar, Kedah - Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian Impak Pelaksanaan Program Rakan Muda Negeri Kedah telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Sesi FGD kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan belia, pelaksana, ibubapa dan komuniti setempat berkaitan pelaksanaan Program Rakan Muda merangkumi impak pelaksanaan, faktor penghalang dan penglibatan mereka dalam program ini. Cadangan, pandangan serta input penambahbaikan pelaksanaan program ini pada masa akan datang turut dikongsikan oleh 10 orang informan yang hadir.
Pelaksanaan FGD ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Najmin Naja Zamri dan Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor serta dibantu oleh Encik Muhammad Azeem Abdul Aziz dan Encik Muhammad Alif Najmi Mohd Azman.
#rakanmuda
#iyres
