MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHAP EMAS

Sabtu, 8 November 2025 Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Tahun 2025 di mana majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Dewan Casa 4, MSN Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Aida Nur Qistiena Binti Mohd Rafi dan Muhammad Ridzuan Bin Helmi adalah penerima sijil pentauliahan ARPRM Tahap Emas dari pimpinan Badan Operasi : PBSD Kota Setar. 

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pemimpin dan pihak yang telah membimbing serta mendidik peserta hingga mencapai kejayaan ini. 

Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah menyampaikan sijil dan lencana emas kepada para penerima. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, barisan pengarah dan pegawai JBS Negeri, wakil-wakil agensi pelaksana, mentor, dan barisan pemimpin.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh penggiat rakan muda dan berakhir dengan sesi penyampaian penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta sesi bergambar bersama semua penerima anugerah.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search