KUBANG PASU, 25 OGOS 2025 , Telah berlangsung Program Malaysia Aktif Siri 1 peringkat Negeri Kedah Sempena Sambutan Ambang Merdeka bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jitra dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra.
Program Kursus Marshall 4x4 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung pada 29 – 30 Ogos 2025 di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang telah berjalan dengan penuh semangat dan meriah! Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, manakala acara flag-off & pelancaran telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Padang Terap, Puan Hjh Sharifah Norulasyikhah binti SyedMohamad. Turut bersama-sama adalah Dato Ahmad bin Mad Daud selaku pemilik resort AMD Resort merangkap penganjur bersama. Seramai 50 orang peserta dari pelbagai negeri hadir menyertai kursus ini yang bertujuan melahirkan marshal 4x4 bertauliah, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dalam menguruskan pelbagai cabaran sukan lasak. Antara pengisian modul kursus termasuklah: Teknik asas marshal 4x4 Pengurusan trek & keselamatan Kawalan konvoi & komunikasi radio Teknik recovery kenderaan (winching & towing) Etika dan tanggungjawab marshal Program ini bukan sahaja menguji fizikal dan mental, malah mengukuhkan semangat kerjasama serta kepimpinan dalam kalangan peserta. Tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini!
KUALA MUDA, 28 Ogos 2025 - Sempena Malaysia Aktif Siri 2 Peringkat Negeri Kedah yang akan berlangsung pada 16 September 2025 bertempat di Mydin Taman Batik, Sungai Petani, satu mesyuarat penyelarasan bersama agensi- agensi terlibat bagi program Fun Walk dan Fun Run telah diadakan bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Turut hadir sama Tn Haji Kamaruzaman Bin Khalidin, Pegawai Unit Kecergasan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
ALOR SETAR, 29 September 2025 - telah berlangsung Program Biggest Loser KBS peringkat Negeri Kedah bagi timbangan ke 2 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Program Biggest Loser Kedah berlangsung pada 29 April hingga 29 Ogos 2025 selama 4 bulan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (Wellness Hub Kota Setar), Majlis Sukan NegeriKedah, Sportage Nutrien Academy, Aspen Nurtition, Herbalife Nutrition dan Yakult. Sesi Penyampaian Hadiah kepada peserta yang berjaya meraih gelaran sebagai pemenang akan berlangsung pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah pada 11 Oktober 2025 bertempat di Alor Star Mall, Tandop Alor Setar Kedah. Tahniah kepada semua peserta. Terus komited dan kekalkan gaya hidup aktif Salam Malaysia Aktif
Sungai Petani, 16 Ogos 2025- telah berlangsung Sirkit Catur Remaja Kedah 2025 (Siri 3) di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah, anjuran Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK). Sirkit yg mendapat sokongan kbs melalui bantuan peruntukan geran padanan sukan ini merupakan siri ketiga dari litar yang juga merangkumi Sirkit 1 (5 Julai 2025), Sirkit 2 (19 Julai 2025), dan Grand Final yang dijadualkan pada 30 Ogos 2025, semuanya di lokasi yang sama . Pertandingan dibahagikan mengikut kategori umur: Bawah 9, 12, 15, dan 18 tahun .Keputusan Terkini (Kategori Bawah 15 Tahun – B15) Keputusan akhir belum tersedia secara lengkap dalam sumber awam; laman Chess-Results kini hanya memaparkan starting rank bagi kategori B15. Berikut pemain yang berada di kedudukan tertinggi sebelum bermulanya pertandingan: 1. Kisshoer Revinthran 2. Triston Ting Ji Yan 3. Moganesh Sivanesan 4. Muhammad Naufal bin Mohd Najib Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh timbalan pengarah sukan jbs kedah, en mohd hanaffi b a. Rahman. Selain itu turut diadakan adalah majlis penyerahan moq cek geran padanan sukan oleh en mohd hanaffi kepada persatuan catur negeri kedah.
Kuala Muda, 8 Ogos 2025 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Bimbingan & Pembangunan Portfolio SKM-PPT Zon Utara Siri 3/2025 pada 6–8 Ogos 2025 di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Petani Kedah Bengkel ini melibatkan 40 peserta yang terdiri daripada pegawai skim ‘S’ dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Kolej Komuniti & IKBN di Zon Utara. Bengkel ini memfokuskan bimbingan membina portfolio profesional berasaskan Standard NOSS, selaras dengan Malaysia MADANI & MPBM 2030, demi melahirkan pekerja belia yang kompeten, berkemahiran & diiktiraf profesional. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah dihadiri oleh 10 orang pegawai yang bakal menjadi Pekerja Belia Bertauliah di negeri Kedah. Visi utama Kementerian Belia dan Sukan adalah menjadikan pegawai belia dan sukan mempunyai pengiktirafan dalam kerja belia. Ayuh!! Pegawai Belia & Sukan – Tunjukkan kemahiran anda!
Antara acara yang dipertandingkan adalah: Pertandingan Kawad Kaki Pertandingan Doodle Art Pertandingan Inovasi 3R Pertandingan Masterchef Pertandingan Make Up Pertandingan Mewarna Pasar Karat Selam Feist Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Syamsul Taharin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara
JITRA, 9 Ogos 2025 - Telah selesai berlangsung Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) Fasa 1 Kategori Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun bertempat di Gemilang Swimming Pool, Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darul Aman. Program ini merupakan inisiatif KBS dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) Terima Kasih diucapkan kepada PBSD Kubang Pasu, jurulatih-jurulatih dan Waris - waris peserta Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN bersama
YAN, 12 Ogos 2025 - berlangsung mesyuarat penyelarasan Jerai Mountain Challenge 2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Enik Mohd Hanaffi bin A.Rahman. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan, wakil daripada JKR Daerah, Jabatan Perhutanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Anggota Perkhidmatan Awam, Majlis Sukan Negeri Kedah serta wakil tuan rumah Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Mesyuarat membincangkan persiapan teknikal, keselamatan, laluan, dan pengurusan peserta bagi memastikan penganjuran acara berbasikal mendaki Gunung Jerai ini berjalan lancar dan selamat. Program ini akan diadakan pada 13 September 2025 bermula di Kompleks Perniagaan Guar Utama dan berakhir di Gunung Jerai. Program kerjasama Kelab Basikal Monticello dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ini bakal menjadi antara acara sukan berbasikal paling dinanti di Kedah, menghimpunkan penggemar cabaran mendaki dengan basikal sambil menikmati keindahan alam semula jadi Gunung Jerai sempena tahun melawat kedah 2025.