Program Pengukuhan Organisasi JBSN 2025

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) terus menyokong usaha memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan aspirasi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).  

Sebagai langkah memperkasa hala tuju organisasi, Program Pengukuhan Organisasi JBSN Tahun 2025 telah dianjurkan bagi memupuk kebersamaan, mempererat kerjasama serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan.
 
Program yang berlangsung pada 26 – 28 November 2025 di Port Dickson, Negeri Sembilan ini turut melibatkan penyertaan Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda, Puan Salwa Senawi serta Timbalan Pengarah Sukan JBSN Kedah, En. Mohd Hanaffi A. Rahman yang hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Pn. Azura Abidin bersama barisan Pengurusan Tertinggi JBSN serta Pegawai Belia dan Sukan dari seluruh negara.  

MADANI Bekerja, JBSNK Komited!  
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNK #JBSNBersama #JBSNKomited

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search